Edit Me...

Edit Me...


ShoutMix chat widget

Ads

SELAMAT HARI GURU

Posted by KKGK SKTM | 1:34 AM | 2 comments »

SELAMAT HARI GURU buat semua warga pendidik khususnya di SK Taman Medan dan semua guru di alam maya ini. Semoga semuanya gembira dan ceria walaupun sambutan pada peringkat sekolah pada minggu depan.

Bagi SK Taman Medan, sambutan perayaan Hari Guru akan diadakan pada 18 Mei 2009 (Isnin). Acara wajib ialah bacaan perutusan Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia serta nyanyian Lagu Guru Malaysia, Lagu Hari Guru (Lagu Tema Hari Guru SK Taman Medan) dan Lagu Tema Hari Guru 2009 iaitu Guru Pembina Negara Bangsa.

Selain itu bagi memeriahkan acara sambutan, aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan ialah Street Soccer dan Street Hockey berkain pelikat bagi guru-guru lelaki dan pelbagai acara menarik seperti pertandingan gubahan, rebut kerusi, solekan dan lain-lain lagi menjadi aktiviti guru-guru perempuan.

Semoga sambutan perayaan ini akan lebih meriah daripada tahun lepas dan kerjasama semua pihak amatlah dialu-alukan. Pihak KKGK yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sambutan pada tahun ini mengucapkan ribuan terima kasih buat pihak sekolah dan juga semua guru serta staf sokongan. Diharapkan semua warga SKTM akan ceria dan bergembira pada 18 Mei 2009 nanti.

[ READ MORE ]

Foto Hari keluarga KKGK

Posted by KKGK SKTM | 10:32 PM | 1 comments »





[ READ MORE ]

KILANG GOJI DISERBU

Posted by KKGK SKTM | 6:06 PM | 0 comments »

14 April, 2009 Sg Chua, Kajang ,Selangor

Aku pun tak tau ada kilang kat area rumah aku
Pernahkah anda mendengar perkataan Goji

Walaupun bunyinya asing, tetapi ramai rakyat malaysia telah meminumnya..Semuanya atas dasar, makanan kesihatan.Tetapi, tengahari tadi, segala-galanya terbongkar, apabila kilang memprosesnya, di Sg Chua Kajang diserbu.
Turut diserbu, syarikat pengedarnya di Jalan Kuchai Lama, dan berpuluh ribu paket Goji, siap untuk diagihkan kepada pengedar jualan langsungnya, dirampas.
Kebenaran itu biasanya amat berat untuk diterima atau ditelan lebih-lebih lagi setelah kepercayaan diletakkan akan sesuatu perkara/hal.
Inilah yang berlaku ketika saya menerima maklumat mengenai serbuan ini..
Goji?

Kira-kira 6 bulan lalu, saya pernah dipaksa untuk membeli produk yang didakwa produk kesihatan ini oleh seorang rakan.
Terbang RM15 untuk tiga paket semata-mata untuk ambik hati.
Dan sehingga sekarang, ketiga-tiga paket itu masih ada dalam simpanan saya tanpa langsung ada keinginan dari saya untuk mencuba..

Sebenarnya, saya akan merasa amat bersalah jika perkara ini tidak saya dedahkan di
sini, dan sia-sialah peranan yang telah diamanahkan kepada saya selama ini.

Saya telah mengkuti kira-kira 30 serbuan Bahagian Farmasi Kementerian kesihatan sejak 5 tahun lalu.Macam-macam penemuan yang tidak dijangka, memeranjatkan, malah tidak terfikir oleh akal fikiran ini.

Dan berani saya katakan, kes sebelum ini, semuanya bermotifkan keuntungan atas angin dan tamak serta penipuan yang amat terancang serta sistematik.

Saya adalah wartawan yang sama sekali tidak akan memutar belitkan apa jua situasi dan berpandukan fakta dan apa yang berlaku.

Bagi yang tidak memahami tugas pihak lain, ingin saya anda mengetahui, sesuatu serbuan hanya akan dilakukan setelah mendapat bukti yang mencukupi supaya sebarang cabaran di mahkamah akan dapat ditepis dan dikemukakan bukti jelas, nyata dan terang.

Kementerian Kesihatan akan melakukan beberapa siri ujikaji di makmal.

Bukan sekali dan bukan satu dua sampel, tetapi banyak kali dan membabitkan banyak sampel dan setelah terbukti, ianya melakukan kesalahan, maka tindakan akan dilakukan iaitu serbuan.

Dalam kes ini, hasil ujikaji makmal mendapati, ‘Goji’ yang diproses, mengandungi ‘sildenafil’ , bahan utama dalam proses membuat ubat penguat tenaga batin, Viagra.

Saya boleh memilih untuk tidak pergi dalam serbuan ini dan mendiamkan diri, kerana saya merupakan satu-satunya wartawan membuat liputan serbuan ini.

Dan serbuan akan hanya tinggal serbuan tanpa pendedahan kerana anggota penguatkuasa bukan wartawan dan mereka menjalankan tugas yang diamanahkan.

Serbuan dilakukan serentak di beberapa lokasi seluruh negara membabitkan pengilang, pengedar barangan ini.

Dan memang benar, kilang membuat, memproses dan membungkus Goji ini terletak di Sg Chua Kajang di mana tiada siapa mengetahui, ia mempunyai dua buah kilang – berlesen dan haram.

Ia terletak di dalam bangunan di antara deretan bengkel kereta, barangan hardware, welding dan macam-macam yang tiada kaitan dengan produk makanan.

Semuanya tertutup dari luar tanpa ada sebarang papantanda.

Serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan diketuai Timbalan Pengarahnya, Hj Wan Hamid Wan Ibrahim bersama 25 pegawai dan anggota.

Dua buah kilang diserbu, dan kedua-duanya mempunyai kaitan dan mengeluarkan produk Goji yang sama, label yang sama, kandungan yang sama dan untuk syarikat yang sama.

Yang membezakannya, sebuah adalah kilang berlesen, manakala sebuah lagi yang hanya terletak di blok belakang kilang berlesen, adalah kilang haram , tidak berlesen.

Ketika serbuan, dua lelaki dipercayai warga India yang berada di dalam ‘makmal’ sedang sibuk membuat campuran adunan untuk Goji tersebut.

Lagak umpama saintis, kedua-duanya kemudian melarikan diri menyedari tempat mereka diserbu.

Apa yang dapat ditemui di dalam kilang utama, hanyalah beberapa pekerja wanita warga Indonesia yang nampaknya langsung tidak menghiraukan kehadiran anggota penguatkuasa, malah dengan selamba menjawab, paspot ada pada ‘bos’.

Hasil pemeriksaan di kilang utama, ditemui berpuluh ribu bungkusan (sachet) Goji yang telah dibubuh ke dalam kotak siap untuk dihantar kepada pengedar utama di Kuchai Lama.

Pelbagai barangan berupa tepung/bahan yang telah dihancurkan ditemui berwarna kelabu dan putih.
Begitu juga di kilang haram yang terletak di blok belakang.

Kerja-kerja mengisar dan mencurahkan serbuk yang telah menjadi ‘Goji’, dicurahkan ke dalam bekas palstik dan siap untuk dibungkus menggunakan mesin.

Dan, seperti dijangka, satu bungkusan putih dipercayai ‘sildenafil’ ditemui di dalam kilang haram di belakang kilang utama itu yang dipercayai menjadi bahan campuran di dalam ‘Goji’ yang diproses.

Penggunaan ‘sildenafil’ tanpa perskrepsi doktor boleh menurunkan tekanan darah dan boleh membawa kesan serius seperti serangan jantung yang mampu membawa maut.

Ia juga boleh menyebabkan masalah pernafasan tertahan.

‘Sildenafil’ hanya boleh dibekal oleh doktor atau diperolehi dari farmasi dengan perskripsi doktor dan dengan dos tertentu.

Penggunaan mencampurkannya di dalam bahan makanan adalah dilarang kerana risiko dan kesan sampingan akibat dari memakannya.

Pemeriksaan keseluruhan di kedua-dua kilang menemui :

- kira-kira 60 ribu paket ;Goji’ yang telah siap dibungkus.


-10 buah tong plastik seberat kira-kira 25 kilogram setiap satu penuh berisi serbuk ‘Goji’ yang belum dibungkus.

-Berpuluh ribu label bungkusan dan kotak kosong mempunyai label ‘Goji’ terbabit.

- Beberapa mesin memproses dan membungkus ‘Goji’.

Dan, ‘Goji’ yang dirampas, adalah sama seperti ‘Goji’ yang dipaksa beli dari rakan tempohari.

Di masa yang sama, serbuan di pusat pengedaran di Kuchai Lama, turut merampas kira-kira 30 ribu paket ‘Goji’ yang telah siap dibungkus.

Keseluruhan rampasan, bernilai dianggarkan kira-kira setengah juta ringgit..

Hasil pemerhatian mendapati, bungkusan ‘Goji’ terbabit tidak menggunakan logo halal yang dikeluarkan dari negara ini, tetapi dipercayai oleh pihak lain di luar Malaysia.

Manakala sebagai barangan kesihatan, tiada nombor kelulusan KKLIUM pada bungkusan.

Dan pemerhatian juga mendapati, 'Goji' terbabit sebenarnya diproses dan dibungkus di kilang ini dan bukannya diproses di luar negara.

[ READ MORE ]

ATURCARA HARI KELUARGA KKGK 2009

Posted by KKGK SKTM | 3:05 PM | 0 comments »

Tarikh : 10 Mei 2009
Masa : 8.00Am - 5.00PM
Tempat : Taman Pertanian Bukit cahaya Seri Alam

8.00AM : Berkumpul di tapak perhimpunan sekolah.
8.30AM : Bertolak ke Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam.
9.10AM : Urusan pengangkutan peserta ke tapak program.
9.40AM : Pendaftaran peserta.
10.00AM : Rehat/Makan
10.30AM : Taklimat Program
10.40AM : Acara bermula ( tele-match )
Majlis Penyampaian Hadiah
Majlis Penutupan
1.00PM : Makan Tengahari/Solat/Rehat
2.00PM : Aktiviti di Kolam Renang / Lawatan
5.00PM : Bersurai

* Tertakluk kepada perubahan.

[ READ MORE ]

Cabaran Guru Di Pedalaman

Posted by KKGK SKTM | 1:15 PM | 0 comments »

[ READ MORE ]

Guru Di Pedalaman (Buat Renungan)

Posted by KKGK SKTM | 9:24 AM | 0 comments »

[ READ MORE ]

TERKINI: MESYUARAT KKGK

Posted by KKGK SKTM | 12:01 AM | 0 comments »

Terkini buat semua ahli KKGK SKTM, bahawa satu mesyuarat KKGK yang melibatkan pentadbir, AJK dan semua ahli yang bakal diadakan pada 30 April 2009 ( Khamis ).

Antara perkara yang akan kita bincangkan bersama ialah :

1- Yuran KKGK
2- Hari Keluarga KKGK
3- Baju Batik
4- Hala Tuju KKGK
5- Hal-Hal Lain.

Diharapkan pada semua ahli dapat menghadirkan diri ke Bilik Gerakan SK Taman Medan pada jam 1 petang.

* Tertakluk kepada perubahan.

[ READ MORE ]

SALAM MESRA BUAT SEMUA WARGA SKTM

Posted by KKGK SKTM | 11:37 PM | 0 comments »

Blog KKGK SK Taman Medan kembali menemui semula warga SKTM. Setelah berehat panjang, blog ini akan kembali menemani anda semua dengan laporan terkini dan juga berita-berita KKGK atau semasa untuk tatapan semua.

Diharapkan anda dapat memanafaatkan blog ini dengan sebaik-baiknya dan segala teguran dan komen amatlah kami alu-alukan.

Marilah kita semua memulakan hari-hari mendatang pada bulan Mei akan datang dengan penuh keinsafan dan keceriaan. Semoga kelab ini akan terus utuh dengan sokongan semua. Jika tidak, segala perancangan hanya tinggal perancangan tanpa perlaksanaan yang sebaik-baiknya. Marilah kita bersatu hati dalam komuniti kita yang kecil ini.

Kejayaan kita di SK Taman Medan ini adalah suatu kejayaan bersama, oleh itu tiada siapa yang hebat atau tidak, kita sama-sama berganding bahu dalam menanggani apa jua permasalahan dan tekadkan hati dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Wassalam!

[ READ MORE ]

Sambutan Hari Guru SKTM 2008

Posted by KKGK SKTM | 4:11 PM | 0 comments »


Persembahan dikir barat..


Stail tersendiri oleh cikgu Sutiza...


Ni tak pasti nombor berapa?.... :)


Juara Suara Emas KKGK 2008..Cikgu Mimi


Semut Merah...tak sangka kaki lagu dangdut cikgu nih...hehhe


Sedang hafal lirik ke apa nih....


Sibuk buat jualan nampaknya..


Guru-Guru sedang membaca ikrar


[ READ MORE ]

Suasana Sambutan Hari Guru SKTM

Posted by KKGK SKTM | 10:11 PM | 0 comments »


En Mohd Nordin Hj Naim
Guru Besar SKTM


Persembahan guru-guru Tahun 6


Beri perhatian yang sepenuhnya......???


En Nor Akmal (PK Pend Khas),Pn Chua(PK Kokurikulum),
Pn Anita(PK HEM),En Nordin(Guru Besar) & Tn Hj Azman(YDP PIBG)

Guru-guru bersiap sedia di pentas



[ READ MORE ]