Edit Me...

Edit Me...


ShoutMix chat widget

Ads

SELAMAT HARI GURU

Posted by KKGK SKTM | 1:34 AM | 2 comments »

SELAMAT HARI GURU buat semua warga pendidik khususnya di SK Taman Medan dan semua guru di alam maya ini. Semoga semuanya gembira dan ceria walaupun sambutan pada peringkat sekolah pada minggu depan.

Bagi SK Taman Medan, sambutan perayaan Hari Guru akan diadakan pada 18 Mei 2009 (Isnin). Acara wajib ialah bacaan perutusan Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia serta nyanyian Lagu Guru Malaysia, Lagu Hari Guru (Lagu Tema Hari Guru SK Taman Medan) dan Lagu Tema Hari Guru 2009 iaitu Guru Pembina Negara Bangsa.

Selain itu bagi memeriahkan acara sambutan, aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan ialah Street Soccer dan Street Hockey berkain pelikat bagi guru-guru lelaki dan pelbagai acara menarik seperti pertandingan gubahan, rebut kerusi, solekan dan lain-lain lagi menjadi aktiviti guru-guru perempuan.

Semoga sambutan perayaan ini akan lebih meriah daripada tahun lepas dan kerjasama semua pihak amatlah dialu-alukan. Pihak KKGK yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sambutan pada tahun ini mengucapkan ribuan terima kasih buat pihak sekolah dan juga semua guru serta staf sokongan. Diharapkan semua warga SKTM akan ceria dan bergembira pada 18 Mei 2009 nanti.

2 comments

  1. rohaiza(6bistari 2008) // May 23, 2009 at 12:58 AM  

    ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!....RINDU NYER SAYER KAT SK TAMAN MEDAN...SAYER NAK KIRIM SALAM KAT SEMUA CIKGU TERUTAMA SKALI CIKGU YG PERNAH AJAR SAYER DULU DAN GURU KELAS SAYER,CIKGU ZAMZURI...ISH!!...RINDU TOL SKOLAH KEBANGSAAN THN LEPAS!!

  2. Anonymous // August 7, 2009 at 11:45 AM  

    ASSALAMUALAIKUM WARGA SEK KBG TAMAN MEDAN..
    SYE STUDENT TAHUN 1994 HINGGA 1998..
    DAH LAME TINGGAL SK TAMAN MEDAN.. RINDU GILE..
    INGAT KENANGAN DULU2
    BEST GILE..
    INGAT CIKGU YUNUS-GURU KELAS 4CEMERLANG.. CIKGU ROZITA..
    INGAT MASE DARJAH 3 KENE MENARI POM-POM..
    INGAT KWN2 MASE 4 CEMERLANG 1998.. IZREEN,AQILAH,SHAMSINAR,NADIA,FAJAR,YUSNIZA,LUTFI,KHIRIL,YUSUF DAN SEMUA BEBUDAK KELAS 4 CEMERLANG..
    KLU ADE SESIAPA BUDAK 1998 SILA E_MAIL SYE YEK (NIENA_SAKURA09@YAHOO.COM)
    IKHLAS DARI
    NOOR SURIANA