Edit Me...

Edit Me...


ShoutMix chat widget

Ads

Ucapan Terima Kasih!

Posted by KKGK SKTM | 8:17 PM | 0 comments »

Pengerusi KKGK SK Taman Medan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama ahli-ahli dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan seperti Kejohanan Ping Pong, Kejohanan Bowling,Melukis Logo KKGK, dan yang terbaru ialah sambutan perayaan Hari Guru Peringkat SK Taman Medan yang telah berjaya dilaksanakan pada hari ini.

Terima kasih di atas penyertaan ahli-ahli dalam persembahan mengikut aliran, melukis logo,jualan KKGK,pertandingan karaoke suara emas,dan sebagainya.Tidak lupa dia atas sumbangan oleh pihak kantin sekolah,PIBG, En Zulkifli,En Zamzuri dan Pn Asiah.

Tidak lupa ucapan terima kasih di atas usaha gigih AJK KKGK yang bertungkus lumus dalam menjayakan perayaan sambutan ini.

Insyaalah dalam masa terdekat, berita bergambar Hari Guru 2008 akan dimasukkan ke blog ini.Dan untuk makluman juga, pihak KKGK telah membuat rakaman video selama 1 jam sepanjang berlangsung sambutan dari awal hingga akhir.Dan jika ada sambutan, pihak KKGK akan pindahkan ke VCD dan boleh dijadikan koleksi peribadi.

Salam Hormat,

Wan Zayuhisham Wan Yusoff.
Pengerusi KKGK SK Taman Medan.

0 comments